Sinopsis Berlari Ke Langit

Kepulangan Indra sembilan bulan dari laut mengejutkan ramai orang. Terutama Zulhijjah, kekasih Indra yang sekarang ini sudah menjadi tunang Bukhari dan bakal dinikahkan tidak lama lagi. Indra bersyukur ke atas kepulangan dari tragedi ribut yang menelan dua nyawa rakannya dan mendamparkan dia di sebuah pulau selama sembilan bulan. Kini, Indra merasa sia-sia setelah pulang setelah tahu kekasihnya Zulhijjah bakal menjadi isteri orang. Yasmin, seorang guru baru di sekolah Iman (adik kepada Indra) berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan Iman dapat mengeja dan membaca seperti mana pelajar yang lain. Suatu hari, Yasmin ke rumah Iman untuk bertemu Indra kerana mahu meminta kerjasama Indra untuk membantu Iman belajar di rumah. Usaha Yasmin tidak diberi perhatian oleh Indra malahan beliau merasakan ia adalah satu bebanan baginya. Di majlis perkahwinan Bukhari dan Zulhijjah, Indra dihalang oleh rakan-rakan Bukhari yang tidak membenarkan dia masuk. Emosi Indra terganggu dan menimbulkan ketegangan. Yasmin dan Haji Awang, bapa kepada Meor menenangkan keadaan. Indra yang sudah mula menerima kenyataan yang Zulhijjah bukanlah jodohnya, bertemu dengan Yasmin untuk menerangkan keadaan dia yang tidak boleh membaca dan sekaligus meminta pertolongan Yasmin untuk mendidik adiknya. Hubungan Iman dengan gurunya, Yasmin tidak secara langsung membuatkan Indra semakin rapat dengan Yasmin.

Dari hari ke hari Yasmin semakin tertarik dengan sifat dan tingkah laku Indra yang berdikari dan bertanggungjawab, tetapi Yasmin takut untuk menerima kenyataan bila difikirkan adakah beliau mempunyai harapan untuk hidup bersama Indra. Indra sekali lagi dikejutkan dengan kehilangan Yasmin yang meninggalkan dia dan Iman secara mengejut. Bukhari yang selama ini sentiasa berkeras dengan Indra akhirnya beralah dan bersimpati ke atas apa yang telah dilalui oleh Indra. Dia memberi semangat dan nasihat supaya Indra tidak terus bersedih. Indra mengambil keputusan ke Kuala Lumpur bersama adiknya untuk terus mancari Yasmin di sana. Indra memberi alasan untuk membawa Iman berjumpa penyanyi idolanya. Yasmin pula semakin tertekan bila mencari jalan keluar dari masalah peribadinya. Di Kuala Lumpur, Indra tinggal di sebuah bangunan terbiar bersama Prono seorang penagih dadah yang telah mencopet duitnya ketika dia baru sampai di Kuala Lumpur. Dia terus berusaha mencari Yasmin dan dalam masa yang sama berusaha menyekolahkan adiknya. Tercapaikah janji Indra untuk membawa Iman bertemu idolanya. Dapatkah Indra berjumpa dengan Yasmin? Dan mampukah Yasmin meneruskan hidupnya bersama masalahnya? Hidup... Mati... Tuhan sahaja yang tahu.